Penggubalan dasar-dasar pendidikan seperti PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris), dasar 60:40, dasar 1M1S, dasar pendidikan percuma, dasar sekolah selamat, dasar PTPTN dan lain-lain yang dapat memberikan pelbagai impak terhadap pembangunan insan dan negara.
Dasar PPSMI
PPSMI merupakan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Rasional penggubalan dasar ini adalah untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia yang boleh menguasai ilmu Sains,
Matematik, Teknologi dan Bahasa Inggeris sebagai persiapan bagi bersaing di peringkat global. Umum mengetahui bahawa, sains dan matematik memainkan peranan yang penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Selain itu, pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini dapat meningkatkan pemindahan teknologi negara. Oleh sebab itu, pelaksanaan dasar PPSMI ini juga dapat membentuk negara berpenduduk bijak yang dapat membantu dalam perkembangan ekonomi negara berasaskan pengetahuan.
Pembangunan insan
- Rakyat Malaysia yang boleh menguasai ilmu Sains, matematik. Teknologi dan bahasa inggeris untuk berdaya saing.
Pembangunan negara
-negara berpenduduk bijak yang dapat membatu memacu pembangunan negara yang berasaskan pengetahuan
- Pemindaahan teknologi tinggi
Dasar MBMMBI
Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris ialah dasar yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam (PdP) Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, peningkatan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu PdP, transformasi kurikulum dan sebagainya. Penggubalan dasar dalam aspek pembangunan insan adalah untuk membangunkan rakyat yang cinta dan mendaulatkan bahasa kebangsaan serta supaya rakyat dapat menguasai bahasa Inggeris bagi menambahkan ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat dunia. Hal ini dapat melahirkan penduduk yang bijak bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara terutama sekali ekonomi berasaskan pengetahuan yang sedang digunakan oleh negara dunia pada masa kini.
Pembangunan insan
- Membangunkan Rakyat cinta dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan menguasai bahasa inggeris untuk lebih berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat dunia
Pembangunan negara
- Negara berpendudukan bijak yang dapat membatu memacu pembangunan ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan.
- Pemindaahan teknologi tinggi.
Dasar 60:40
Dasar 60 Sains dan 40 sastera digubal untuk menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu memastikan pembangunan saintifik bagi menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, mempercepat pembangunan perindustrian secara menyeluruh dan menyediakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang tahun 2020 untuk melahirkan lebih banyak para saintis, jurutera, doktor dan juruteknik yang berkepakaran tinggi bagi pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial, sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidup masyarakat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, implikasi dasar pendidikan ini dapat membentuk rakyat yang berketerampilan, berfikiran saintifik, progresif kreatif dan inovatif. Seterusnya, dasar ini juga dapat menyediakan sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi dan berbudaya cipta untuk keperluan dan kemajuan negara.
Pembangunan insan
- Rakyat yang berkketerampilan befikir saintifik dan progresif, kreatif dan inovatif.
Pembangunan negara
- Menyediakan sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi dan berdaya cipta untuk keperluan dan kemajuan negara.
Dasar 1M1S
Implikasi penggubalan dasar 1 Murid 1 Sukan ialah dapat membangunkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Insan yang sihat dan cergas dapat meningkatkan produktiviti kerja dalam bidang sukan. Penglibatan para pelajar terhadap dasar ini juga dapat meningkatkan minat bersukan serta sekali gus melahirkan ahli sukan negara bertaraf dunia. Hal ini dapat meningkatkan nama Malaysia dalam pencapaian sukan peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, atlet sukan yang telah mengharumkan negara dalam sukan badminton iaitu Datuk Lee Chong Wei yang telah memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia serta pernah berjaya menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan selama 349 minggu. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar tersebut dapat memberikan impak positif kepada pembangunan insan dan negara.
Pembangunan insan
- Membangunkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
- Insan yang sihat dan cergas
- Tingkatakan minat bersukan dan lahirkan ahli sukan bertaraf dunia
Pembangunan negara
- Menggiatkan penglibatan pelajar dalam acara sukan dan kokurikulum serta menaikan mutu sukan negara
- Meningkatkan produktiviti kerja
- Tingkatkan pencapaian sukan peringkat antarabangsa
Dasar Pendidikan Percuma
Pembangunan insan
- Mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan rakyat malaysia
- Rakyat berpeluang tingkatkan tahap pendidikan
Pembangunan negara
- Negara berpenduduk bijak
- Melahirkan ramai generasi berpendidikan dan mampu membangunkan negara
- Amalan demokrasi pendidikan
Dasar Sekolah Selamat
Pembangunan insan
- Pembentukan sahsiah pelajar melalui disiplin yang mantap dan sentiasa menjaga keselamatan diri
Pembangunan negara
- Perpaduan rakyat
- Negara aman
- Rakyat berdisiplin
Dasar PTPTN
Pembangunan insan
- Menyediakan skim simpanan dan menguruskan deposit untuk tujuan memberi peluang mendapatkan pendidikan tinggi.
Pembangunan negara
-Menuju negara berpenduduk bijak
- Amalan demokrasi pendidikan
MUHAMMAD ISYRAF FIRDAUS BIN HASSIM (D20231108948)